Monday, January 24, 2011

ini atau itu

salam

lepas tamat pengajian dua bulan lepas, asyik melepak kat rumah sampai saya dah tak tahu nak buat apa.. application kerja entah bila boleh bagi feedback dan saya masih lagi kena tunggu sehingga March, which mean kalau belum ada apa apa khabar, saya dengan muka redha terpaksa terima hakikat bahawa rezeki belum berpihak kepada saya.. sekarang masih dalam dilema, tapi tidakla dalam dilema sangat sebenarnya.. dilema samada untuk mencari kerja atau menyambung pengajian ke peringkat terpaling tinggi itu..

abah cakap" akak muda lagi, so time muda ni la nak abiskan segala peringkat pengajian"... muda tak muda la tapi dah 26 tahun.. tapi saya dah lima tahun belajar tanpa henti, dari peringkat ijazah sarjana muda, kemudian sarjana dan sekarang dicadangkan untuk ke peringkat kedoktoran pula.. abah cakap lagi... "abah bangga kalau anak abah ada pangkal nama Dr. kat depan, even bukan medical doctor pon takpe sebab nanti orang panggil akak Dr jugak.." haishhh abah saya ni.

sekarang ada sokongan kerajaan untuk mereka yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran yang mana hal-hal berkaitan kewangan bukan lagi satu masalah besar. saya pon kadangkala terfikir jugak, kalau kerja sekarang dapat la gaji paling minima pon dalam RM2800 tambah terikat dengan jadual pukul 8 pagi-5 petang dan lima hari seminggu.. kalau sambung belajar, boleh merancang waktu sendiri, elaun pon dapat tambah tolak lebih kurang je gaji kalau kerja dan mungkin suasana sebagai seorang pelajar itu lebih fleksibel; boleh merancang waktu sendiri..itu yang paling penting.. kehidupan sebagai pelajar memang dah terlalu sebati jadi saya mungkin tiada masalah untuk menyambung ke peringkat lebih tinggi itu..

yeahhh, mungkin akan difikirkan kemudian selepas majlis konvokesyen saya March ini.. selagi belum dapat scroll dalam tangan, selagi itulah rasa macam terawang awang je.. nak apply itu ini sekarang cuma bergantung kepada ijazah sarjana muda, mungkin dengan ijazah yang satu lagi peluang lebih tinggi.. hidup dalam dunia sekarang semuanya kena bersaing...



No comments:

Post a Comment